VS 
filem Cinta, adalah antara filem yang aku suka. Tak banyak filem melayu yg aku suka, means dari segi keseluruhannya berjaya tak buat aku pening jalan cerita, lakonan mantap, casting bagus, aka filem yang dalam kategori filem yg dibuat dgn teliti lah,bukan jenis tangkap muat,asal siap or tak memperbodohkan penonton dgn jalan cerita,or has being executed poorly below average.
Jesteru, sebaik saja, filem cinta di di “indon” kan dengan judul love. of courselah aku punya lah nak tunggu filem love ni siap and tayang kat KL ni. lebih2 lagi ramai pelakon yg aku suka ada dlm tu, fauzi baadila, acha, irwanshah, luna maya…and pada semua peminat irwanshah, harus tgk filem ni sebab banyak closeup muka irwanshah .ahaks.
**warning spoilers alert**
overall aku puji jugak producer indon yg berjaya buat filem love dgn menepati ciri2 komersil dan juga ciri2 filem yg bagus. aku paham knapa scene cinta antara adik kakak dlm “cinta” diganti dgn cinta antara irwanshah dan din or dinda seorang pondan pesakit kanser payudara.Sumpah! kalau tade scene cabut wig and masuk spital, aku dah mati2 ingat din/dinda tu seorang pondan yang coverline baek punya!. (HAHA!-aku rasa few ppl in the hall jugak terasa yg sama koz aku dgr ada org gelak masa restu seluk tangan raba boob din!!)almost nak tepuk tangan masa scene kt taman tu. walaupun jalan cerita sebegitu logik dan boleh dibuat tapi maybe akan menyentuh sensitiviti masyarakat la kan. esp kalau tetiba je si restu sanggup menyintai din seadanya. satu lagi sebab aku rasa nak tepuk tangan sebab jalan cerita tu possible pun utk dibuat sebab waktu scene restu kejar din kat bas station tu, dia kebetulan terpanggil “din” to adinda or din. so mmg tak lari conti la kalo nak buat all those story. cuma maybe tabiat din minum air masak banyak2 tu sebab dehydrate sebab dia cucuk hormon or cucuk vitamin c?
anyway..cerita love and cinta ni ada kekuatan and kelemahan masing2. tapi dua2nya tetap BEST and wajib ditengok oleh korang semua!
script, cinematography & Lokasi (kekuatan love & cinta)
-lokasi,and cinematography yg cantik,marveles and authentic n serasi dgn jiwa filem nie. actually lokasi2 filem love lebih kurang sama dgn lokasi filem cinta. so peminat filem cinta ada sebab nak tgk filem love sebab korang akan rasa seronok tgk persamaan lokasi and shot filem ni.
-dan kedua2 filem love dan cinta ni berjaya diolah skrip nya dgn sempurna. pujian harus diberi pada penulis skrip filem love, sebab dialog2 nya tepat, memorable dan ringkas!! sesuai utk dibuat custom msg pada myspace,ym dll. filem love juga berjaya menyuntik elemen2 puitis yg bersesuaian pada dialog yg berjaya membantu membuai mood penonton.aku suka part rama yg seorang jiwang karat tu. puisi2 dia, berkesan n mendalam…cuba lihat puisi sikunang2 dibawah
Aku Seekor kunang-kunang
Dalam gelap aku terbang
Dalam gelap aku terang
Dan jadikanlah engkau senja
Kerana gelap aku ada
Kerana gelap aku indah
Aku hanyalah seekor kunang-kunang
Dan kau hanyalah senja
Dalam gelap kita berbagi
Dalam gelap kita abadi
musik latar (kekuatan pada cinta, tak berapa berkesan dlm filem love)
harus diberi thumbs up pada filem cinta, sebab musik dlm filem cinta berjaya memainkan peranan untuk memberi kekuatan pada setiap scene. lagu dan lirik lagu berjaya dimanipulasi dgn baik utk memberi kesan yg lebih umph pada filem cinta. manakala, filem love, musik latar dia byk yang tak matching gitu, mujur ada lagu ’sempurna’ yg ada byk versi diguna dlm few scene dlm filem ‘love’. lain2 lagu kurang meruntun perasaan sgt. kira tak membantu sgt lah. tak percaya?tengok dua2 filem ini dan rasailah sendiri berkesan atau tidak.
lakonan (mantap dlm filem cinta, tak mantap sgt dlm filem love)
filem cinta, lakonan setiap pelakon2 dia almost flawless, setiap pelakon berjaya memainkan peranan masing2 utk meraih emosi dan mood penonton dlm setiap dialog. cuma dlm love, ada pelakon yg berjaya ada yang boleh diperbaiki lagi.tapi tidaklah sampai mencacat kan cerita. tapi to be honest, kalau dlm filem cinta aku menitis air mata, filem love, walaupun telah kucuba menhayati sepenuh2nya setiap scene. tak nangis loh. kira biasa2 aja gitu dech.
wardrobe (almost perfect in cinta, ada baju yg tak berapa kena pada love)
pakaian watak2 dlm filem cinta, almost menepatilah karekter watak2. cuma dlm filem love, aku rasa kalo org sukabumi tu tentu kampung kan?tapi pakaian nya moden sgtlah. kira lari conti jugaklah. walaupun ditunjukkan cara acha cakap tu bahasa indon kampung dgn memek muka kekampungan, tapi pakaian watak acha mcm asli jakarta saje aku tgk. so menganggu tumpuan aku utk menghayati pembawaan watak si acha ni. cuba tgk filem berbagi suami, mcm mana karekter shanty berjaya dibawa dgn berkesan oleh shanty. siap shanty rambut kusut masai dgn pakaian selekeh n sememeh, begitu tepat dgn latar belakang karekter shanty dlm berbagi suami.itu belum sentuh lagi dgn pilihan warna pakaian watak2 masing, tapi yg paling lemah adalah pakaian watak acha lah. yang lain2 almost perfect and bersesuaian. esp pakaian watak dinda, yang last last persoalan penontotn tentang kenapa minah ni pakai baju tebal2 selendang2 padhal hidup di jakarta yg panas terjawap di hujung cerita. so ngamla kan.
jalan cerita (smooth sailing in cinta, tapi ada lompong2 in love)
haa ni penting jugak. filem love tu almost perfect dah. tapi aku tak taw kenapa scene isteri curang yg kantoi tu dibuat begitu. bagi penonton filem cinta, mesti boleh teka rasionalnya pompuan tu kena kantoi kat rumah lama tu. tapi bagi penonton yg baru first time tgk mesti bingung, mcm mana pompuan tu boleh sampai kerumah itu dan dikantoikan oleh suaminya. tak berapa perfect dan bisa mengundang persoalan2 penonton. apsal pompuan tu dtg kat rumah tu, and knapa suami dia hias meja kt rumah tu,knapa pompuan tu dtg bersama lelaki lain(maybe rakan sekerja/skandalnya) ke rumah tu? babak2 yg lain rasanya make sense dah tiada masalah lompang. semua persoalan terjawab di akhir cerita. cuma scene ketahuan itu saja yg failed!tataw la kalo scene tu kena cantas2 n dibiarkan “tegantung” sebegitu.
okey.
overall, kedua-dua filem ni tak rugi tgk. esp peminat2

fauzi baadila sbg Rama yg macho dan gagah, mamat jiwang karat yg sgt jantan. wow.

acha septriasa sebagai e ein, minah dr kampung yg kekampungan tapi pandai n mampu berfashion!

luna maya sbg tere- kakak vogue yg cantik dan sukses tapi tak kisah bekapel ngan loser. suka tgk baju2 dia..stylo lah.

darius sinanthrya sbg awin, lelaki yg terlampau byk berfikir sampai end up being a loser tapi cinta merubah dirinya….

laudya chintya bella sebagai din/dinda …si comel yg sarat dgn misteri dan punyai tarikan tersendirie…(aku dan dia punyai banyak persamaaan…sehingga membuatku tersenyum n tersengih sendiriannn)

irwanshah sebagai restu, lelaki comel, yg sedang ingin bercinta dan sanggup berbuat apa saja dan tak malu utk dilihat orang yang dia, seorang mat jiwangs!
satu lagi yang aku nak puji pasal filem love ni adalah skrip dia bagus,setiap dialog ada maksud tersirat dan tersurat dan kira dialog yg byk homework la jugak bukan main tabur je dialog.dialog2 dia mampu buat kita berfikir dan setiap olahan cerita dia aku rasa berupaya untuk menyampai kan mesej kepada penonton utk lebih menghargai cinta, dan memahami apa itu maksud cinta.
akhir kata, mmg bebaloi RM12 ringgit yg aku keluarkan!! dan pastinya aku akan beli DVD kedua2 filem ni utk koleksi bila jiwang mood dtg megamit hati-haha!! layannnnn!!




![Poster from the movie 27 Dresses [2008]](http://image.cinemaclock.com/images/posters/originals/27_dresses__2008723.jpg)
![Image from the movie 27 Dresses [2008]](http://image.cinemaclock.com/images/original/27_dresses__2008_0250.jpg)
![Image from the movie 27 Dresses [2008]](http://image.cinemaclock.com/images/original/27_dresses__2008_0249.jpg)
![Image from the movie 27 Dresses [2008]](http://image.cinemaclock.com/images/original/27_dresses__2008_0247.jpg)
![Image from the movie 27 Dresses [2008]](http://image.cinemaclock.com/images/original/27_dresses__2008_0031.jpg)
![Image from the movie 27 Dresses [2008]](http://image.cinemaclock.com/images/original/27_dresses__2008_0236.jpg)
![Image from the movie 27 Dresses [2008]](http://image.cinemaclock.com/images/original/27_dresses__2008_0244.jpg)
