Setelah bertungkus lumus menyiapkan tugasan atau kertas kerja, presentation adalah saat penting yang akan menentukan keberkesanan seseorang menyampaikan isi kandungan konsep atau idea.
Di kolej, selaku penuntut jurusan media dan pengiklanan, presentation bagi kami adalah perkara yang akan ‘make’ or ‘break’ hasil kerja kami setiap semester. Kesukaran menyakinkan panel pensyarah adalah amat memeritkan. Bayangkan jika kami terpaksa berhadapan dengan 3 atau 4 orang panel pensyarah yang berbisa. Adalah perkara biasa jika ada antara kami yang menangis di depan kelas kerana hasil kerja yang tidak memuaskan hingga dikritik teruk oleh pensyarah kami. Drama baling membaling hasil kerja yang ke luar tingkap adalah perkara biasa. Pada waktu itu, saya memikirkan betapa kejamnya mereka. Namun kini, perkara itulah yang mendewasakan kami menghadapi alam realiti kerjaya yang lebih mencabar.
Saya pasti ramai antara kita yang ingin mengasah kemahiran presentation mereka. Disini saya ingin berkongsi tips dan panduan supaya anda dapat memberikan presentation yang lebih berkesan.
1. Fahami isi kandungan presentation anda.
-Anda harus tahu dan faham akan apa yang anda ingin sampaikan kepada pendengar. Banyakkan pembacaan tambahan dan mungkin contoh berkaitan supaya anda dapat menjelaskan lagi isi presentation anda dengan berkesan. Jangan terlalu membaca pada isi penting slide. Isi penting slide hanya untuk mengatur kandungan penyampaian anda supaya tidak terpesong dan memastikan anda tidak memberi huraian yang meleret2 hingga mengambil masa yang lama untuk ke point seterusnya.
2.Persediaan mental dan fizikal.
-Bersedialah dari segi fizikal dan mental. Tidur dan rehat secukupnya supaya anda dapat memberi tumpuan dimasa presentation nanti. Pastikan anda kelihatan yang terbaik. Mungkin memakai baju atau kasut yang paling suka yang boleh memberikan anda keyakinan. Cuba yang terbaik untuk kelihatan menarik pada mata audien anda. Sekurang2nya ia dapat memberikan mereka minat untuk melihat presentation anda. Dikolej, saat presentation adalah saat untuk kami melaram dengan pakaian terbaik, masa untuk kelihatan stylo diluar kebiasaan.
3.Datang dan bersedia awal.
- Penting bagi anda untuk memberikan anda masa untuk bersedia dengan tempat,susun atur kerusi meja, audience, set audio video dan alat2 bantuan supaya ianya dalam keadaaan yang terbaik. Ini dapat membantu menghilangkan gemuruh. Biasakan diri anda dengan keadaan bilik supaya minda anda lebih bersedia.
4.Tarik perhatian audien.
-Gunakan teknik penyampaian dua hala. Jangan hanya membaca. Jika anda terlalu gemuruh, cuba lah bergerak ke beberapa arah rawak. Kawal tona suara anda, pastikan tidak terlalu mendatar. mungkin anda boleh memberi penegasan di beberapa point penting. Teknik lakonan suara dapat menarik perhatian audien untuk memberi perhatian kepada penyampaian anda. Anda juga boleh mengunakan lawak jenaka yang bersesuaian dengan audien, atau menanyakan soalan2 ringkas untuk memberi lebih variasi.
5. Kenal pasti audien dan kawal ganguan.
_adalah biasa jika ada audien yang terlampau sporting atau menanyakan banyak soalan yang tidak berkaitan hingga menganggu masa anda dan menggangu tumpuan audien lain. Mereka mungkin ingin perhatian dan ingin menunjuk pandai atau mungkin seorang yang negatif. Anda boleh meminta mereka bertanya pada anda setelah sessi anda selesai atau mungkin boleh edarkan kertas untuk mereka mengisi soalan mereka. Pilihlah soalan2 yang anda dapat jawab. Dan minta soalan2 yang tidak sempat dijawab semasa sessi supaya bertanya pada anda setelah sessi anda selesai.
6.Jujur bertempat.
-Jujurlah dengan diri sendiri, tetapi jangan terlampau jujur hingga boleh menjerat diri sendiri. Jika anda adalah penganti seseorang. Jangan beritahu audien bahawa anda bukanlah orang yang sepatutnya yang patut memberi presentation. Jangan beritahu anda adalah wakil, jangan beritahu anda baru bersedia, jangan beritahu anda tidak bersedia dsb. Saya amat tidak menyukai penyampai2 yang terlampau jujur seperti ini. Berilah kredit pada diri sendiri. Besar kemungkinan disaat anda memberitahu kelemahan anda, minat audien untuk mendengar penyampaian anda sudah pun tiada.
7. Jangan poyo.
Objektif penyampaian presentation adalah untuk memastikan audien faham dan dapat memahami isi kandungan penyampaian anda. Pastikan anda mengunakan bahasa, lawak jenaka, contoh2 yang dekat dan dapat difahami mereka. Jika kesemua yang hadir adalah orang melayu, tiada gunanya anda menyampaikan presentation anda dalam bahasa inggeris. Kecuali penyampaian anda akan diberi markah. Jika audien anda adalah remaja, gunakan contoh2 yang dekat pada mereka. Jika anda mampu berdialek tempatan itu lebih baik, supaya mereka lebih memahami penyampaian anda.
8.Jangan takut pada audien.
Anggap mereka sebagai rakan anda, antara cara mudah adalah dengan memberitahu mereka anda ingin berkongsi maklumat, jika ada antara mereka yang lebih tahu, mungkin dapat berkongsi bersama. Berkenalan dengan audien secara tidak langsung. Dengar pendapat mereka.Ini dapat menghilangkan gemuruh anda, mungkin anda rasa ada banyak perkara yang anda tidak tahu dan tidak layak untuk memberi presentation pada mereka. Jika anda berjaya mengatasi takut anda, anda akan berasa seronok dan teruja tiap kali melakukan presentation terutamanya jika bertemu audien yang baru.
9. Menghadapi panel pengkritik
Jika anda seorang pelajar atau eksekutif yang menyampaikan idea atau proposal, dan mungkin konsep anda ditegur secara negatif. Jangan emosi. Beri peluang pada mereka meluahkan kritikan, jika anda yakin dengan kerja anda, terangkan pada mereka pendapat anda. Jika anda berasakan bahawa kritikan mereka membina dan membantu, ucap terima kasih dan catit supaya anda dapat membuat perubahan yang bersesuaian. Jangan terlalu defensif. Tetapi jika anda berasakan pendapat anda betul, cuba terangkan pada mereka. Jika masih tidak berjaya,minta rakan sepasukan untuk menerangkan kepada mereka.
10. Jangan Over.
Apapun yang kita buat pastikan ianya tidak melampau. Gurauan dan lawak jenaka adalah bersesuian, tidak terlalu lucah dan bersangkutan dengan isi penyampaian kita. yang penting pastikan ianya ringkas dan padat.
11. Teruskan berlatih
Latihlah cara penyampaian anda dari masa ke semasa. Jika diberi peluang untuk melakukan presentation, rebut lah peluang itu untuk memperbaiki kemahiran anda. Jangan lari atau mengelak. Bagi saya, saya selalu amalkan, get it done and over with. Tiada masalah jika kita terus berfikiran positif dan yakin dengan kemampuan diri sendiri. Jika rakan2 sepasukan anda selalu mengelakkan tanggungjawab presentation kepada anda, terima sahaja. Anggap sahaja mereka yang akan kerugian kerana tidak berpeluang untuk belajar dan memperbaiki kemahiran presentation.
Setakat itu sahaja yang saya dapat kongsi buat masa ini, mungkin saya akan tambah jika ada point tambahan yang mungkin dapat membantu anda. Jika anda ada teknik atau petua yang lebih baik, sila kongsi bersama diruangan komen.