January 2009


Sejak hari pertama kita dilahirkan selaku manusia,
Untuk memperolehi dan menikmati sesuatu,
Kita perlu melalui kepayahan dan berusaha walau cuma hanya sedetik usaha,
Diharungi bersama ‘stress’ juga masalah.

Diwaktu kecil, kita berebut belaian kasih sayang,
Mahu disayangi dan dimanjai lebih dari ahli keluarga yang lain,

Di alam persekolahan, kita berebut kesetian sahabat dan perhatian dan guru,

Di alam kerjaya, kita berebut kejaguhan dan kedudukan,
Mengejar harta dan kekayaan, status dan nama,
Pengiktiran di mata keluargan dan sisi masyarakat.

Di usia emas, kita masih dan akan terus
Berperang dengan masalah,
Masalah kita, masalah anak dan keluarga, masalah masyarakat dan dunia
Yang tak berkesudahan….

Di alam barzakh, kita masih juga belum lari dari masalah
Sebahagian kita, masalah disana mungkin beribu lipat kali ganda
Matinya kita, hanyalah permulaan kepada cabaran yang baharu

Namun, Kerana kita namanya manusia
Maka wajib kita menyelesaikan setiap akar masalah
Bukannya lari atau menutup masalah dengan membuka permasalahan yang lain.

Jangan lah kau risau jika kau masih berfikir tentang masalah-masalahmu,
Atau menangisi tiap masalah yang jatuh menimpamu,
Usah kau gentar, rungsing dan putus asa

Kerana selaku manusia,
Perahlah keringat akal yang dianugerahkan kita oleh NYA,
Selagi daya akal kita, berusahalah menutup setiap pintu masalah yang membelenggu,
Kerana cantiknya manusia terletak pada kewarasan fikirannya,
Kebijaksanaan menghalusi dan mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah seharian
Masalah kita, dan jika mampu, masalah mereka disekitar kita.

Bersyukurlah pada NYA!

Kerana sedar atau tidak,
Masih ada manusia diantara kita,
Tidak mahu sedar dan masih bermimpi, malahan bongkak untuk mengakui
Yang diri mereka, perlu bantuan segera,
Kerana sedang ditimpa masalah!

Berganti Hati – Anggun

Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga

Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara
Aku ingin pergi
Dan berganti hati

Satu persatu telah kuhapus
Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu
Rasa yang dulu pernah ada
Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda

Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Ku telah kecewa
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara

Kini ku sadari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang telah pergi
Harus berganti hati
Harus ku ganti hatiku kini
Ini harus ku ganti
Tak perlu ini lagi harus berganti

New single from anggun, for Indonesia/Malaysia market. The lyrics is perfectly poetic and appealing. Hope the single goes well in local charts and will earn numerous radio/video airplays.

johan dan zizan

johan dan zizan

Sejak rancangan Jozan Show dikeudarakan di Saluran Prima, Astro. Aku makin lama, makin melekat dengan rancangan bual bicara tak seberapa nak series ni.

So Tahniah buat Astro koz bagi peluang pada Zizan dan Johan utk mengasah bakat mereka. Aku cukup suka cara interview sempoi2 mcm ni. Very laid back dan menghiburkan.

Setiap kali jozan memulakan intro untuk memperkenalkan artist2 jemputan mereka, aku selalu cuba tembak2, akan kaitan lawak mereka dengan siapakah artist yang akan mereka jemput selepas itu.

Yang paling best, aku suka tgk artist2 jemputan melayan kerenah jozan semasa ditemubual. Ada yang very sporting. Jozan of course selalu jugak lari dari topik.Tapi artist2 jemputan yang terer cepat2 bring them back to topix again. Siap baring2 kat sofa,lantai lagi. very cool.

So far, artist2 jemputan yang dijemput sporting and cool. Boleh nampak their other cheerful side. Except interview dgn abang ramli sarip.hehehe.(but hes still cool). Yang paling aku ingat, antaranya interview dgn emmet,chef wan, radhi, dan byk lagilah.

Mungkin lepas ni dieorg boleh jemput bukan saja artist, tapi ahli politik ke,atlit, tokoh korporat ke or mana2 celebrity lah. Interview je lah apepepun, tak semestinya perkara series aje. tanya soklah bodo2 pun takpe.mcm makanan kegemaran ke, hobi kegemaran ke. at least orang boleh kenal2 dieorg lagi.Just to chill out on tv, borak pasal menda2 biasa.jozan style.yeah!

Bagi aku, lawak jozan refreshingly selumber. walaupun mungkin ada yang tak suka. Tapi aku suka gila rancangan tu, dah macam jadi rancangan guilty pleasure aku. Sepertimana drama Renjis(hehehe).

Anyway keep it up Jozan!! teruskan mengali idea2 lawak yang klakar, at least ramai orang boleh release tensen tengok aksi korang. pada yang kutuk2 korang tu. pedulikan jelah dieorg. buat je pekak badak. koz haters will always hate.

p.s macammana nak tgk show jozan kat astro ek? jadual kat mana? pass? rasa nak tgk live la pulak!

kucing aku hilang.

bukan salahku kucing aku hilang.

ia hilang diambil orang.

biarlah ia diambil orang.

mungkin ia lebih manjai.

jika ia tidak dianiaya dan kelaparan

aku harus gembira.

tapi kalau ia kembali pada aku,

aku akan lebih gembira!

pochang

pochang. gone since 19 january 2009. we miss you.

Joanna & co

Joanna & co

Joanna & Co

Joanna & Co

Joanna & Co

Joanna & Co

Ini kali pertama melihat aksi Joanna & Co. Mereka mengisi slot persembahan pada sabtu malam, 17 Januari 2009 yang lepas. Di Laman TAR, bersempena dengan minggu seni budaya,Kuala Lumpur.

Oleh Kerana Persembahan terbuka di jalan TAR. Jadi penonton pada malam itu ramai dari kalangan mereka yang berkeluarga,pengunjung jalan TAR dan juga Pati.

Apepun jua, persembahan di lokasi2 sebegini lah yang akan mematangkan mereka, terutama dalam melayan kerenah penonton yang dari pelbagai umur dan latar belakang.

Mereka mempersembahkan 3 lagu,’ Lagu’, ‘Hura-hara’ dan lagu hit mereka ‘aku pelangi’.  Pada dasarnya tidak menghampakan, Walaupun tidak lah se-memorable dan se-catchy seperti ‘aku pelangi’. Namun aku rasa, mereka harus terus berusaha mengubah lagu dan menyusun lirik untuk memastikan kelangsungan mereka di pentas tetap segar dan menarik perhatian.

Joana & Co akan mengisi slot persembahan Sound of URBS di Laundry Bar bersama Robot Asmara pada 22 Januari 2008.(Khamis).

Geng

Geng

Setelah 2 tahun menyiapkan kerja-kerja produksi, maka akhirnya peminat animasi tempatan bakal berpeluang menyaksikan filem animasi 3D sepenuhnya pertama di Malaysia.

Hasil karya Les Copaque sebelum ini amat membanggakan, dengan siri hit mereka Upin & Ipin telah pun membuktikan bahawa mereka benar-benar menghargai setiap sokongan dan bantuan yang diterima terutama dari kerajaan dengan sepenuhnya.

Ketelitian dan kesungguhan mereka menghasilkan karya yang berkualiti dan membanggakan membuktikan bahawa negara  kita juga mampu menghasilkan filem-filem animasi yang berkualiti.

Geng, pengembaraan bermula membawa watak-watak dalam siri Upin & Ipin dengan latar belakang cerita yang lebih menarik dan mencabar bercirikan tempatan.

Bakal menjengah pawagam pada 12 Februari. Pastikan korang semua datang dengan kawan2 kerana filem ini WAJIB ditengok. Expect nothing like ‘putih’, ‘anto fighter’,’silat lagenda’, or ‘brainscan’ hehehe :P

Futher reading:-

http://gengmovie.blogspot.com/

http://www.lescopaque.com/

Note: Khas untuk tenaga kerja Geng & Upin & Ipin, (aku tahu korang sure terjumpe this lil tribute page semasa korang tgh resting otak n mata esp masa tgh tunggu rendering tu kann..). aku suka hasil kerja korang so far. Keep it up dan urm jangan lupa makan dan mandi! :P
Butterfingers_flyer_std
what can i say? brilliant marketing plan. the man or ladies who’ strategised’ the concept for the  show is applying a very basic  marketing rule. or maybe the concept for the show comes from mr emmet himself?Apparently Ive notice ‘kembali’, is an album carefully executed with a similar concept. Kembali is album that is produce with a marketing craft and yet the artistic elements are beautifully produced.(well i will review about it thoroughly when i have extra time to share my opinion in that subject).
“specific and targetted” are two words that my lecturers keep on telling us during his lectures. Back then i didnt really have a clue about the practicality of the concept. But as i grow older all of Mr K’s word of wisdom keep on flashing back to me, and how now i admire him more and more.
Well back to butterfingers, i suggest all  aspiring bands outthere should take note on how these guys has  been doing with kembali. Also, it proves  that KNOWLEDGE my dear, will make you a smarter person.

[DSC00996.jpg]

Oleh kerana bentuk badan aku kecil. Membeli seluar ’slack’ adalah satu perkara sukar utk aku yang size pinggang cuma 26.5 inci. Panjang seluar juga cuma 37 inci. Jadi membeli seluar slack yang ada style terkini dan berjenama adalah sesuatu yang merugikan bagi aku kerana aku memerlukan kos tambahan untuk mengecikkan seluar tu mengikut citarasa aku. Citarasa seluar aku pula seluar fitting, lowcut dan bercawat kecil.

Walaupun aku tahu kebanyakan tailor cina lebih cekap dan kemas buat kerja. Aku belum putus asa bereksprimen kerana mahu mencari tukang jahit melayu yang sebagus dan secekap tukang jahit cina.

Jadi, pada satu hari yang sama, aku hantar 2 helai kain ke 2 tailor berbeza. Tailor melayu dekat jelatik, tailor cina dekat Jln Genting Klang.

Kedai Jahit melayu tu, aku rasa ada 4 orang tukang jahit menyempit di ruang kedai yang sempit.

Kedai apek tu pula aku rasa cuma apek dan isteri serta seorang pembantu tukang jahit. Kedua-dua kedai aku rasa sama-sama up jugak lah dari segi penerimaan tempahan.

“bila boleh siap?” aku tanya apek tu.

“bila u mau siap?kalau bayar full, 3 hari jugak boleh siap”.

Since aku bayar cuma 70% dari total kos. Jadi, seluar tu siap dlm 5 hari. Aku tak kisah pun, sebab bukannya aku nak cepat.

Di Jelatik tu pula, “bila boleh siap” aku tanya pakcik tu. Pakcik tu bagi aku tempoh 2 minggu.

2 minggu berselang. Hampanya aku, Seluar belum siap. Cuma sempat dipotong. Kecewa gila. Pakcik tu mintak lagi 5 hari untuk siapkan seluar tu, dengan alasan banyak tempahan nak kena siapkan.

“habis kenapa tak bagitahu awal2 dulu, boleh aku hantar ke kedai lain? or sekurang2nya aku tak berharap yang seluar tu siap selepas 2 minggu.” aku jawap dalam hati. Ye lah,aku ni jenis tak suka nak biadap dengan orang.

Instead, “takpelah pakcik, kesian pulak tengok pakcik sibuk, ginilah, saya bayar upah pakcik potong seluar saya je, selebihnya saya mintak balik kain2 yang siap potong dan lebihan kain tu, saya mintak kedai lain siapkan, lagipun saya tak boleh tunggu lagi 5 hari sebab saya tunggu seluar ni dah 2 minggu” jawap aku, aku tak sure sama ada air mata aku begenang ke tak, tapi yang pasti aku rasa, muka aku panas dan mata aku dah berkaca dah time tu.Bukan apa, aku keciwa;

sebab pertama, aku frust nonggeng 2 minggu tunggu nak tengok kain yang aku beli tu menjadi seluar.

sebab kedua, aku frust sebab mengenangkan betapa tak cekapnya cara pakcik yang sekaum dengan aku tu, menguruskan operasi kedai dan komunikasi dengan pelanggannya.

Sudah tentu, aku bawak kain tu ke kedai apek tu, walaupun raya cina dah dekat, tapi still terima tempahan aku(dengan satu lagi kain extra utk satu lagi seluar). Setelai behempas pulas mengambil ukuran seluar dan style potongan seperti yang aku mahu.(sebab design seluar yang aku buat dgn dia sebelum ni, tak cukup perfect)Kedua2 seluar tu dijanjikan siap dalam tempoh 5 hari.

Yang penting,Upahnya pulak lagi murah dari kedai pakcik tadi!!

Kalau aku cerita kisah ni pada bapak aku, sudah tentu bapak aku perli aku balik

doh, sapo suruh kerak slua keda melayu, abah jak mudo sapa ko`tuo kerak slua kak keda cino sokmo.puah hati!

Walaupun cubaan kali ni gagal mematahkan hujah bapak aku, aku yakin, ada tukang jahit melayu yang cekap dan berkualiti, cuma mungkin, aku saje yang masih belum menjumpai mereka. Wahai tukang2 jahit melayu? di mana kamu ??

Selesai ronda2 di KLCC, kami menyerbu PWTC memeriahkan acara penutup youth 09 pada petang ahad. Pengunjung tidaklah seramai yang saya jangka, namun masih meriah dengan kehadiran anak kota yang datang memberi sokongan mereka.

Banyak juga pilihan barang-barang yang dijual di gerai jualan. Dari karya seni, buku-buku, akesesori, art stuff, pakaian serta persembahan terbuka anjuran Bijou Bazaar.Saya melihat juga kalau-kalau buku abdullah jones, ‘Sajak-sajak suci’ ada dijual. Tapi tidak ada.

arabela

arabela

arabela

arabela

Seterusnya kami menyerbu ruang hadapan pentas untuk acara flyfm campur chart goes live. Arabela membuka tirai persembahan selaku pemenang pencarian battle of the bands.Vokalisnya masih kelihatan gugup dipentas. Tapi mereka tidak menghampakan anak-anak dibawah pentas. Mungkin di kesempatan lain, awak harus lebih lantang ketika berinteraksi dengan penonton, tabiat control hensem adalah perliku yang tidak mesra pengunjung.

meng

meng

wolverine...aka syarul.

wolverine...aka syarul.

Saya sebenarnya kurang sihat. Tapi gagahkan juga badan sebab nak tengok aksi Yuna dan bunkface. Sebelum itu, Love Me Butch, tampil mengegarkan pentas dengan lagu-lagu hits mereka mcm ‘reconcile’, ‘hollywood holiday’. Ramai yang enjoy, siap head banging,moshing dan bernyanyi bersama. Flyfm staff mintak audience behave, tapi syarul back them up. So show diteruskan sampai habis dengan havocnya.

yuna yg manis

yuna yg manis

yuna, adil dan paan.

yuna, adil dan paan.

Yuna dan gengnya muncul mengisi pentas, membawa rangkaian lagu-lagu dari EP sulung mereka. Ini aksi yuna pertama saya, sebelum ini cuma layan lagu mereka di myspace.Enjoy jugalah. Mereka ada ciri komersil dan mampu pergi jauh jika mereka terus tekun berkarya dan bijak memasarkan karya2 mereka dengan setiap peluang dan ruang yang ada. Seperti juga vokalis Arabela,  Yuna juga kelihatan gugup apabila beraksi dengan penonton. Mesej keamanannya yang menyentuh isu palestin kedengaran antara dengar dan tidak. Barangkali mic rosak? Saya harap dia dapat cakap kuat sikit lain kali.

sam

sam

sam brown eyes

sam brown eyes

youk

youk

sam finale

sam finale

sam basah

sam basah

Bunkface menutup tirai acara dengan memulakan lagu tema mereka. Kerabat di bawah pentas mulai bersesak, menghimpit kedepan pentas. Aksi mereka kelihatan matang, satu demi satu lagu-lagu popular Bunkface dilantun dengan penuh berkeyakinan dan penuh aksi. Tidak hairanlah mereka dibawah pentas mengila-gila melompat dan bernyanyi bersama. Sam bijak berinteraksi dengan penonton, terutamanya mereka dengan mereka didepan pentas. Jurugambar2 rasmi dan tidak rasmi sibuk merakam aksi-aksi mereka. Aku tak dapat nak enjoy sangat. Perut kelaparan, lepas tu, badan dah terasa sejuk, tanda demam mula ‘kicking in’. Aduh… Disaat lagu ‘High school rocker’ dan ‘Silly lily’, penonton mulai menganas, ‘Silly Lily’ merasuk jantan dan juga betina. Tetapi keadaan masih terkawal.. Hebat juga Bunkface.

Mereka mempersembahkan lagu terbaru ‘Evolusi’. Tak berapa nak dengar liriknya sebab bunyi tak berapa jelas. Selesai saja lagu terakhir, Honey madu berjaya mengumpan encore dari Bunkface. Mereka menutup acara dengan lagu ‘fine’ secara akapela dengan honey madu berharmoni disitu sini. Sempoi dan happening. Aku dah makin tak larat….

Sebelum balik sempat memberi tshirt rasmi Bunkface yang dijual dengan harga RM30 sebagai tanda sokongan. (yalah, good show, kalau hampeh, takde nya aku nak beli).Mujur size ‘S’ ada, dapat stickers dan button percuma.

Congratulations Zee!

Zee avi, opened the calender year of 2009 with a debut performance of her new song ‘monte’ at Nigel  Godrich’s show, From The Basement.
The performance was recorded in the show’s studio in London with initial airing on UK’s Sky Arts. It will be shown later on in US via IFC channel. Check out your local listing to confirm the schedule.

The episode also features performances by Queens Of the stone age and Cold War Kids.

‘Monte’ is a new track from Zee’s  soon to be release debut album, set to be release by Brushfire Records in Spring.

www.fromthebasement.tv

Next Page »