Saya rasa ramai antara kita tidak tahu, atau tidak ambil tahu bagaimana cara yang betul untuk mengenal pasti polisi insuran kesihatan yang sesuai dengan kita. Yang boleh memberi perlindungan sewajarnya dari saat kini hingga ke masa depan.

Sepertinya juga anda, pada waktu saya pertama kali dipertemukan dengan perkataan insuran. Saya tidak ada pengalaman langsung. Ayah saya(i love you!), yang berkali mengingatkan kepada saya, “kalau dah kerja, amik insuran, beli rumah dulu” . tu pesan dia, berkali2. Untuk makluman, ayah saya ni bukannya orang berpendidikan tinggi pun. Jadi sekarang saya amat kagum akan kesedaran ayah saya yang sedia maklum akan kepentingan merancang masa depan ini.

okay, berbalik cerita kisah saya pada waktu pertama kali mengambil insuran. Saya berterima kasih kerana punya seseorang yang menjadi, tempat saya merujuk akan sesuatu ketidakpastian. Saya percaya pada gerak hati dan cara dia mengatur hidup. Dia umpama kakak bagi saya. Jadi pendek cerita, seperti mana kawan saya, saya akhirnya memilih untuk mengambil polisi dengan prudential, sepertimana dia.(pada waktu itu prudential takaful belum ada lagi, cuma ada prudential pru link syariah sahaja).

Setakat ini, saya boleh dikatakan bertuah kerana wakil insuran saya, mempunyai kualiti seorang ejen yang bagus dan professional.Banyak nasihat2 dan bantuan dari segi pendapat yang diberikan kepada saya tanpa perjudis dan tanpa motif terlindung dari masa kesemasa. Dia memberi peluang bagi saya membuat keputusan sendiri, tanpa tujuan komersil yang bersifat mengejar komisien.Malahan setiap hari penting, ada saja kad kad ucapan yang dihantar kepada saya atau sekurangnya sms. Malahan tiap kali dia melancong ke luar negara ada sahaja ole ole yang diberi. Jadi pendek kata, hubungan itu antara saya dan wakil insuran saya tidak putus,  bukan setakat sebagai wakil insuran dan client tetapi lebih kepada sahabat.

Berikut adalah tips2 yang saya ingin kongsi yang mungkin dapat membantu anda dalam memilih produk insuran yang sesuai dengan anda. .

1. Tanya diri sendiri, adakah anda memerlukan perlindungan insuran?
Jawab sejujur dari dalam hati anda, adakah anda memerlukan perlindungan insuran atau tidak. Jangan setakat ikut kawan atau setakat ada. jika sudah ada, ketahui n selidiki perlindungan yang ditawarkan kepada anda. Berbeza dengan caruman socso dan KWSP, insuran adalah salah satu lagi cara yang dapat membantu anda dan keluarga anda dari segi kewangan kerana ia dapat mengurangkan atau menanggung biaya pembiayaan kesihatan anda. Malahan prudential takafaul dapat memberi perlindungan kewangan walaupun anda tidak dapat bekerja kerana mengalami sakit kronik dengan membayar premium anda sehingga berumur 80 tahun.Malahan bahagian tabungan untuk polisi anda akan diteruskan sehingga ke umur 80 tahun.Sekurang2nya wang kwsp/pencen/simpanan anda tidak perlu digunakan untuk membiayai kos perubatan anda.

2. Kenal pasti perlindungan yang anda mahu dan yang anda mampu.
Paling penting, anda perlu fahami dan halusi setiap polisi perlindungan yang ditawarkan kepada anda, fahami setiap perenggan atau terma yang dinyatakan pada setiap mukasurat. Ini adalah penting untuk anda memahami setiap ringgit yang anda laburkan itu akan dapat dituntut sepertimana yang termaktub.

3.Pastikan cara pembayaran yang memudahkan anda.
Pastikan cara pembayaran premium bulanan anda memudahkan anda, bukan merumitkan. Kini pembayaran boleh dilakukan dengan mudah menerusi auto debit dari akaun simpanan anda atau potongan kad kredit. Saya cadangkan anda melakukan menerusi auto debit. Kerana mungkin 2 atau 3 tahun akan datang anda mungkin akan menamatkan akaun kad kredit anda.

4. Kalau boleh, ambil dari ejen sepenuh masa dan yang berpengalaman. Tetapi tidak salah jika mengambil polisi insuran dari ejen separuh masa jika anda merasakan mereka komited menjalankan tugas sebagai wakil insuran.Secara logik, wakil insuran sepenuh masa dan yang belum berkahwin pasti dapat memberi masa yang lebih berbanding wakil yang telah berkahwin. Jadi Semua itu harus diteliti kerana ia akan memberi kesan kepada anda kemudian nanti. Jadi pilih yang terbaik buat diri anda.

5. Jika anda masih tidak yakin dengan penjelasan yang diberikan oleh wakil insuran,Minta tempoh untuk berfikir dan bertenang. sekurangnya 3 hari. Fikir dahulu dan kajilah polisi yang ditawarkan itu dengan merujuk pada kawan yang arif dalam bidang insuran sahaja. Bandingkan polisi yang ditawarkan anda dengan polisi orang lain atau polisi yang ditawarkan syarikat insuran lain. Sekurangnya anda tahu, apa yang terbaik buat anda untuk hari ini dan masa akan datang.

6. Sekiranya anda telah pun ada perlindungan insuran yang diberi oleh pihak syarikat atau keluarga, bandingkan lah polisi yang diberi pada anda dan fikir untuk jangka panjang. Selalunya perlindungan insuran yang diberi oleh pihak syarikat hanyalah bagi tempoh masa anda bekerja semasa dengan syarikat sahaja. Jadi adalah bijak jika anda mengambil polisi persendirian untuk mengelakkan kesulitan dikemudian hari terutama setelah anda meningkat umur. Saya sendiri buat masa ini ada 3 perlindungan insuran, satu dari syarikat(selagi saya masih berkhidmat), polisi persendirian(prudential), dan polisi income hospital(maybank). Sekurangnya risiko jika berlaku kesulitan dikemudian hari dapat diminimumkan. Umum harus mengetahui kadar premium bulanan adalah berbeza mengikut umur, dan tahap kesihatan seseorang. Tahap premium untuk polisi yang ditawarkan hari ini mungkin berbeza pada sepuluh atau dua puluh tahun akan datang. Waktu yang sesuai untuk mengambil polisi insuran adalah seawal usia dimana bayaran premium adalah lebih murah dan kelulusan permohonan juga lebih mudah kerana risiko terkumpul adalah lebih rendah.

7. Pilih pelan perlindungan yang ada ikatan pelaburan(atau pelan pendidikan). Sekurangnya setiap ringgit yang ada bayar setiap bulan ada bahagian untuk pelaburan. Mungkin tidak sebanyak jika dibuat pelaburan secara total menerusi saham amanah atau unit trust, tetapi sekurangnya setiap ringgit anda mempunyai nilai yang memberi pulangan.Tanya wakil insuran anda, berapa banyak bahagian dari pembayaran anda itu dimasukkan ke dana bersama dan berapa peratus dilaburkan untuk mendapat pulangan.

8.Pilih perlindungan yang menawarkan kad perubatan, jika ada, kenal pasti jenis perlindungan yang ditawarkan oleh kad perubatan tersebut. Kenal pasti senarai klinik dan hospital yang menyertai senarai panel berdekatan dengan tempat tinggal anda.Bandingkan dengan kad perubatan yang lain jika anda tahu untuk memastikan kad perubatan yang terbaik bagi anda.Pastikan samada kad perubatan itu disediakan oleh pihak ketiga(third party) atau panel utama.

9.Tanya wakil insuran itu berapa tempoh yang diambil untuk proses kelulusan dan jika diluluskan berapa lama tempoh masa yang diambil untuk mendapat buku polisi untuk semakan lanjut

10.Tanya kaedah2 atau cara2 membuat tuntutan mengikut prosidur sebenar. Mungkin wakil yang bagus akan melakukan semuanya untuk anda(anda hanya perlu sign sahaja), tetapi anda masih juga perlu tahu proses tuntutan sekurang2nya anda tahu apa yang perlu dibuat apabila wakil insuran anda tidak membantu anda.

11. Tanya kaedah atau proses untuk menamatkan insuran mengikut cara yang betul dan berapa masa yang diambil untuk menamatkan polisi.

selamat membuat pilihan 🙂