Kembali,
kini ku bangun sedar dari mimpi..
kembali,
kembali kepada petak pertama…
kembali,
kumahu hidup 1000 tahun lagi,
kembali….
petang yang riuh!
petang yang riuh!

Yes! Rock the world 8 kembali lagi pada tahun 2008. Melepaskan dahaga peminat yang merindui temasya yang mengangkat karya-karya pengkarya musik tempatan berpaksi kan irama rock. Yeke?Tak juga..tapi lebih kuranglah!.Lagipun tema temasya tak semestinya seratus peratus rock, dan kalau rock, tak semestinya metal aje. Bg aku,Apepun boleh, asalkan ianya MENGEGARKAN! thehehehe🙂

Utk Edisi 8 tahun ke -9. Rasanya, amat2 bertepatan sesangat pabila Butterfingers diberi penghargaan utk menutup pentas pada hari itu. Shahdu, gemuruh dan ‘overwhelming’!!.
(aku hampir nak menangis at one point,tapi aku tahan, sebab malu ngan geng sebelah!).

Anyway aku bangggggggggaaaa gile gile gile dekat emmet roslan dan sekalian sisi butterfingers yang lain. korang semua dah BESAR, dan MATANG. Dada aku sangat2 bangga bila dengar setiap patah dan bait patah lagu2 melayu yang emmet dendangkan pada malam itu tersangatlah kemelayuan. salute to you!!. emmet, ternyata memahami apa yang diperjuangkannya. Dan bilamana seorang vokalist melayu celup,sebenarnya boleh memilih utk mendendangkan lagu2 melayu beliau dengan berslang2 nuasa keju atau rokok kretek, tapi tidak sama sekali bagi emmet. satu tamparan hebat pada vokalis2 band2 tempatan yang mungkin sejak lahir belum pernah jejak kaki ke singapura,  apatah lagi london. Setiap patah irama butterfingers adalah kaya dengan ciri-ciri kemelayuan asli.

Satu pegangan yang patut diikuti oleh band-band tempatan yang lain. Sayang bila ramai kini masih keliru dan bangga menyelitkan bahasa2 seberang dalam hasil karya mereka. Walhal mereka jugalah kemudiannya, bersorak tidak puas hati meminta subsidi ‘air play’ dari kerajaan untuk menyiarkan lagu-lagu mereka, dan tidak segan silu menunding jari pada pendengar2 musik tempatan bahawa mereka menganak tirikan pemusik tempatan seperti mereka.ironic bukan?

aku tak tahu, nak mengulas dari sudut mana. Bagi aku, tiada cela nya temasya kali ini. Sekalung tahniah buat penganjur dan penaja2 yang berkaitan kerana sudi memberi sokongan pada geng fatboys utk mengzahirkan rock  the world 8.(ya walaupun tiket masih dikenakan bayaran RM25, dan tapak konsert juga, ‘secrect garden’ kali ni mengunakan padang letak kereta shaja, tapi terima kasih jugalah!).

Seperti mana penganjuran tahun2 sebelumnya, peminat berduyun datang memberi sokongan padu, mereka datang dari rata ceruk dari perlis smpailah ke sabah!. berkampung diKL, dan selesai konsert ada yang menapak jauh utk pulang, ada yang tidur berselimutkan embun untuk menunggu bas hari esok. Setia bukan mereka2 ini?

Masing2 datang beraneka corak. Membawa panji2 kumpulan kegemaran mereka yang beraksi dipentas pada kali ini. Aku tiba lewat. amat malang kerana tidak sempat tengok band sebelumnya beraksi.SEDIH!. Namun, persembahan Komplot dan seterusnya amat memuaskan hati patik.

OAG, kali ini mengatur masa persembahan dibelah petang, mungkin, seriau dengan eksiden di bukit jalil semasa konsert KAMI. CANTIK!. ya lah, tak kan nak perform medley mcm hari tu kan?. Radhi bijak menguasi set mereka,  abang sekuriti dengan tangkasnya memakaikan Radhi sweater hitam bilamana sweater merah dilucutkan Radhi dengan selumber ya ya nya kerana kepanasan!. Hehehehe. Radhi, hang saja cari pasal ya…:P

Aksi Revenge berjaya memberi kelainan pada malam itu, Ini aksi sulung mereka dipentas Rock The World. Cukup memberi kepuasan kepada pengemar musik rock retro 80an. Suka sangat tengok aksi ligat mereka dipentas.siap ada dance move lagi tu…🙂 Havoc.

Seperti mana persembahan mereka di pentas gig terbuka, Estranged, berhempas pulas untuk memukau penonton yang hadir. Sorry Rich, kaum hawa hanya minoriti pada malam itu, walaupun cuba memancing peminat dengan lagu2 mereka yang lebih masculine, kesian juga dengan sambutan hambar penonton, walaupun dipancing dengan lagu ‘berhantu’ mereka ‘itu kamu’, sambutan penonton tetap macam itu juga. Walaupun begitu, pujian harus diberikan pada geng Estranged kerana tetap gigih dan tebal muka menghabiskan sessi persembahan mereka. Penonton juga sporting mendengar, dan bertepuk sorak, walaupun sayu, namun mereka tidaklah dihujani dengan “boo”.

Hmm, aksi penonton mungkin berbeza jika Hujan beraksi dipentas terbuka seperti itu. Malang sekali, eksiden2 Hujan sebelum ini agaknya memuakkan segelintir peminat musik tempatan, namun, saya tetap merasakan, Hujan patut menyahut cabaran beraksi di pentas terbuka Rock The World 8.Alasan mereka untuk menjaga keselamatan ‘raingers’ adalah basi semata2. Sampai bila agaknya Hujan akan cuma beraksi dipentas sendiri? Anti sosial kah? I say, enough with the atitude lah!.

Bittersweet hebat memukau penonton sejurus laungan ‘cubaan’ mereka keudara. RIUH. hehhee. Laungan gegak gempita mosh pit gamat bila ‘Capital E’ dimainkan.Semangatnya membakar setiap inci tubuh aku dan yang lain2nya. Seperti biasa, bagi aku yang bertubuh kecil ni, aku pegang erat tiang besi didepan untuk mengelakkan dari di kuak dari posisi. Port cantikkk katakan..ada sesuatu disebalik kata sindiran Pijie sejurus sebelum beliau melantun bait  lagu ‘ceritera’.

Mungkin inilah yang patut diteladani oleh pemusik indie yang lain. Peminat memang dahagakan karya2 dewasa seperti  ini. Karya2 picisan yang keanakan bukan tidak laku, tetapi, harus disogok dengan bijaksana dan berpada2 supaya kalian boleh mendewasakan pendengar2. Namun, ianya tidaklah bermaksud karya2 korang harus serius sepanjang masa. Ahh…pandai2 lah memancing hormat dari pendengar. Jika mahu terus diangkat dan dihargai, gunakan akal dan pancaindera anda untuk merujuk pada hasil kerja band-band otai yang lain. Walaupun veteran, namum karya mereka tetap segar pada setiap telinga yang mendengar.

Oleh itu, tatkala emmet menutup tirai pentas pada malam itu dengan sorakan dan julangan gemuruh peminat, aku rasa aksi mereka pada malam itu seolah aksi seorang perwira yang pulang dengan buah tangan istimewa cukup untuk mengisi setiap seorang yang hadir pada malam itu. Sepertia kebiasaannya gaya emmet amat professional dan selamba. Tiada langsung cibikan angkuh yang mendabik dada seolah membezakan dia dan mereka2 dibawah pentas. Sederhana dan mesra, seolah seorang abang melayan adik2 nakalnya. Aku tergelak besar pabila dimaklumkan bahawa Emmet tertawa pabila ada tangan nakal dihadapan pagar sempat memicit ‘tetek’  beliau sebelum beliau ‘bodysurf’. Hmmm dekat bukit jalil dahinya bedarah tekena tuning pegs.Kt RTW kena ‘picit’ pulak ye? hahhaa🙂  Apapun,aksi butterfingers cukup menghiburkan dan penuh makna jika kalian memahami tiap bait kata-kata lagu butterfingers yangdilantunkan.

Secara dasarnya, semua band-band yang mengisi Rock The World 8 hebat2 belaka, walaupun terasa macam kekurangan ajinamoto…namun, band-band yang ada dari The otherside orchestra hinggalah ke Butterfingers tidaklah mengecewakan sangat.Aku tak nak komplen pasal band list sebab event ni finaly ON pun dah cukup bagus dah!.Band2 tempatan amat2lah hebat belaka sekarang. Semuanya ada ciri khas masing2 dan ada kualiti untuk menerjah arena global. Mereka cuma perlu lebih berani, bijak networking, dan always keep themselves humble in a learning mode untuk menghasilkan karya2 bombastik dan revolutionary.

Nanti kalau ada masa, aku update ulasan ini dari masa ke semasa kayh.Ini hanyalah ulasan dari kacamata aku je. Korang pulak rasa mcmana?Best ke tak best? Apepun tanggapan korang, acara sudah berakhir dan telah menutup tirai kerancakan arena perkarya musik tempatan yang berjaya mencuri tumpuan media2 utama pada sepanjang 2008. Semoga 2009, terus meyaksikan barisan pemusik dan pengkarya tempatan untuk terus aktif berevolusi dalam menyajikan juadah seni yang terus segar yang mampu mengegarkan arena musik tempatan dan antarabangsa. 

Sementara itu, enjoy jelah gambar2 yang dirakam mengunakan kamera ku yang tak boleh nak zoom jauh2 tu😛

Radhi yang always oh-frenly dan best
Radhi yang always oh-frenly dan best

 

Good job izwin, aksi sulung dipentas rock the world.
Good job izwin, aksi sulung dipentas rock the world.
)
Bittersweet yang manis🙂
eh?napa kelat sangat nie? hmm...
eh?napa kelat sangat nie? hmm...
Rich. jgn amik hati ya...
Rich. jgn amik hati ya...
). aku tecantik the times yang aku amik malam tu. yg lain...seme shaky n blur!
naza, jejaka moden minimalis glamerr...🙂. snap tecantik the times yang aku amik malam tu. yg lain...seme shaky n blur!
konfin kanser aksi lumayan mereka memecah setiap ruang gegedang telinga.
konfin kanser aksi lumayan mereka memecah setiap ruang gegedang telinga.
clear sikit kan?
clear sikit kan?
The Revenge, aksi 'mana' tunggal pada malam itu. Aku suka cara dieorg dress up. memorable dan menghiburkan.
The Revenge, aksi 'mana' tunggal pada malam itu. Aku suka cara dieorg dress up. memorable dan menghiburkan.
One Buck Short, geng yang selalu tak cukup singgit. hehehe
One Buck Short, geng yang selalu tak cukup singgit. hehehe
salute you!
salute you!
aksi otai yang selamba melayan peminat yang happening!
aksi otai yang selamba melayan peminat yang happening!
hmmm its nearly the end...of the show...
hmmm its nearly the end...of the show...
keep on making musik k bro! luv ya!
keep on making music k bro! luv ya!