Walaupun saya mahu pun rakan bukanlah seorang kaki motor, acara ini tetap kami serbu kerana menyokong rakan Deja Voodool Spells.

Acara 2 hari ini menyaksikan pelbagai program yang disusun atur untuk peminat2 sukan bermotor di ibu negara. Boleh dikatakan ianya meliputi pelbagai kategori motor dari kapchai hinggalah ke yang berkuasa tinggi.

Selama 2 hari itu juga, setiap sudut perkarangan Matic, riuh dengan deruman enjin dan aksi2 abang dan kakak motor  dengan fesyen menepati karekter dan jiwa mereka selaku peminat motor.

Namun, dalam keriuhan dan kekecohan motor-motor, jaket hitam dan boot, terselit juga giggers yang mungkin datang semata-mata untuk memberi sokongan kepada band kegemaran mereka.

Slot persembahan Deja Voodoo spells bermula pada sebelah malam 27th December, pembuka tirai pentas pada malam terakhir Kl Bikers Week. Dari Kejauhan, sudah kedengaran riuhnya deruman enjin dan suara juruacara, shamsul ghau ghau dan seorang gadis bermini skirt hitam sebagai co-host.

Seperti biasa, DVS muncul santai,menghangatkan penonton dari pentas tinggi.  Sempoi berkhaki pendek, Rithan mengamit perhatian dengan vokal dan lagu popular mereka. Penonton kelihatannya melayan dengan cukup sporting.

Penonton tidaklah ramai, cukup untuk menghangatkan acara penutup, saya memang cukup enjoy melayan acara low profile seperti ini kerana port ruang dibawah pentas hadapan pasti kami yang punya. Maklumlah penonton kita memang semuanya malu-malu kucing belaka kan.

Tak lama kemudian, giliran Band Bau (pernah dengar nama band ni, tapi tak pernah tengok dieorang beraksi live) untuk beraksi. Penonton yg lebih dewasa layan betul dengan mereka. Dieorg ada stail, sedikit lalok, aksi kambing yang berjaya menghappeningkan abang-abang sopan dibawah pentas.

Acara sudah smpai ke penghujung, perut pun sudah menyanyi minta diisi. Lega, tidak lama kemudian, Meet Uncle Hussain memulakan persembahan mereka. Kerabat MUH yang mengisi ruang depan pentas sejak tadi mula menyempitkan diri masing-masing. Dibelakang kami, abang-abang jaket hitam jugak tidak sabar untuk melihat aksi MUH(atau mereka juga lapar seperti aku?).Penonton bersorak sejurus Lan menjeritkan suaranya.Banyak juga lagu yang dibawa, dari halusinasi hingga ke anthem ‘Lagu Untukmu’.  Kelihatan seorang makcik bertudung sekeluarga didepan turut bernyanyi bersama. Respek lah🙂

Persembahan MUH sedikit tergangu apabila suaranya yang sedia tinggi itu disahut deruman enjin motor dari bawah pentas seolah-olah ingin mencabar kehebatan suara Lan.  Adoi….ada juga manusia-manusia tak sporting seperti ini. Barangkali ego mereka tercalar atau sengaja ingin mengusik kesabaran MUH. Cubaaan.

Lan, bijak mengatasi suasana(respeklah!) dengan sempoinya memberi kata-kata aluan utk ‘acknowledge’ kehadiran abang-abang motor dan memberi laluan kepada abang-abang itu untuk menderum bunyi enjin, dengan erti kata lain, memberi peluang untuk mereka blah kalau tak sudi nak dengar MUH.:P

Mujur ganguan ‘teknikal’ cuma seketika sahaja, Aksi MUH pada malam itu diteruskan dengan keriuhan melayan MUH, malah ada yang sempat  ‘pogo’ didepan pentas walaupun ruangnya amatlah terhad. hehehe. Tkpelah, janji happening.

Sebaik sahaja Persembahan selesai, kami terus blas, menuju Kak Mah tomyam, kerana perut dah masuk angin!.

DVS
DVS
Bau
Bau
MUH
MUH
Motor sapa tu?
Motor sapa tu?