Saat indah bermula…
terasa bahagia…

cinta yang lama terhenti,berputik kembali…
ada yang menghampiri,ku tidak peduli…
cinta ini cinta gila,untuk kita berdua…

Chorus

woo oo ooo tiada yang dapat menghalangnya
kita berdua terus bercinta,selamanya…
i cant live..i cant liviving without you oh baby
just only you that my love..with love…

hanya kau ku miliki,yang tiada ganti…
bukan mimpi sudah pasti,jiwaku berseri…
ada yang menghampiri,ku tidak peduli…
cinta ini cinta gila,untuk kita berdua….

Ini band kegemaran aku yang terbaru. Secara peribadi, Grey Sky Morning ada ciri-ciri band yang aku suka nak layan.
lagu mereka catchy,ada rentak dan melodi yang mudah melekat. dan yang pasti, LIRIKnya…ya aku memang suka lagu-lagu yang ada lirik yang mudah,simple dan direct. Aku mmg sangat-sangatlah tak suka lirik ala ala arwah loloq. Walaupun aku tahu arwah cukup berbakat dan kaya perbendaharaan kata. Tapi secara peribadi aku lagi respek pada mereka2 yang boleh buat lirik yang simple, berbahasa mudah, tapi memikat perhatian. Dalam erti kata lain, tak try too hard sampai kedengaran poyo.Itu, pendapat aku lah, berdasarkan citarasa aku🙂

Buat masa sekarang ni, nampaknya ada beberapa lagu yang sudah mula mendapat putaran radio. Antaranya ‘Cinta Gila’. Catchy, pastu chorus yang bercampur english disusun bijak membuatkan lagu ini kedengaran realistik dengan situasi(situasii? :P) dan gaya percakapan orang-orang kita. Mungkin para pejuang bahasa tak suka, tapi aku suka. Lagu ini kuat ada ciri komersil.

‘Pancaroba’, satu lagi lagu best dari mereka.Identity yang sama. memang best. cuma aku kurang gemar bila terselit juga perkataan ‘bisa’ dalam lagu yang bagi aku dah perfect ni. Tak komersil ke kalau mereka mengunakan perkataan ‘bisa’ kepada ‘tidak boleh’, ‘tiada daya’ etc etc?.Mengapa?oh mengapa??? cukup menganggu kosentrasi je. Mungkin mereka patut dengar album ‘Kembali’ dan belajar sedikit sebanyak dari album tu.Bagi aku album tu bagus sangat.

Lagu2 yang lain, korang boleh dengar sendiri sewaktu persembahan mereka atau layari myspace rasmi mereka, dan dengarlah sepuas2nya. Oh ya,  REQUEST lah lagu ‘cinta gila’ di radio2 tempatan.

Grey Sky Morning satu lagi band kelahiran klang. (ya, ramai orang klang berbakat aku rasa hehe).

website rasmi.

http://www.myspace.com/greyskymorningband