Selesai ronda2 di KLCC, kami menyerbu PWTC memeriahkan acara penutup youth 09 pada petang ahad. Pengunjung tidaklah seramai yang saya jangka, namun masih meriah dengan kehadiran anak kota yang datang memberi sokongan mereka.

Banyak juga pilihan barang-barang yang dijual di gerai jualan. Dari karya seni, buku-buku, akesesori, art stuff, pakaian serta persembahan terbuka anjuran Bijou Bazaar.Saya melihat juga kalau-kalau buku abdullah jones, ‘Sajak-sajak suci’ ada dijual. Tapi tidak ada.

arabela
arabela
arabela
arabela

Seterusnya kami menyerbu ruang hadapan pentas untuk acara flyfm campur chart goes live. Arabela membuka tirai persembahan selaku pemenang pencarian battle of the bands.Vokalisnya masih kelihatan gugup dipentas. Tapi mereka tidak menghampakan anak-anak dibawah pentas. Mungkin di kesempatan lain, awak harus lebih lantang ketika berinteraksi dengan penonton, tabiat control hensem adalah perliku yang tidak mesra pengunjung.

meng
meng

wolverine...aka syarul.
wolverine...aka syarul.

Saya sebenarnya kurang sihat. Tapi gagahkan juga badan sebab nak tengok aksi Yuna dan bunkface. Sebelum itu, Love Me Butch, tampil mengegarkan pentas dengan lagu-lagu hits mereka mcm ‘reconcile’, ‘hollywood holiday’. Ramai yang enjoy, siap head banging,moshing dan bernyanyi bersama. Flyfm staff mintak audience behave, tapi syarul back them up. So show diteruskan sampai habis dengan havocnya.

yuna yg manis
yuna yg manis

yuna, adil dan paan.
yuna, adil dan paan.

Yuna dan gengnya muncul mengisi pentas, membawa rangkaian lagu-lagu dari EP sulung mereka. Ini aksi yuna pertama saya, sebelum ini cuma layan lagu mereka di myspace.Enjoy jugalah. Mereka ada ciri komersil dan mampu pergi jauh jika mereka terus tekun berkarya dan bijak memasarkan karya2 mereka dengan setiap peluang dan ruang yang ada. Seperti juga vokalis Arabela,  Yuna juga kelihatan gugup apabila beraksi dengan penonton. Mesej keamanannya yang menyentuh isu palestin kedengaran antara dengar dan tidak. Barangkali mic rosak? Saya harap dia dapat cakap kuat sikit lain kali.

sam
sam
sam brown eyes
sam brown eyes
youk
youk
sam finale
sam finale
sam basah
sam basah

Bunkface menutup tirai acara dengan memulakan lagu tema mereka. Kerabat di bawah pentas mulai bersesak, menghimpit kedepan pentas. Aksi mereka kelihatan matang, satu demi satu lagu-lagu popular Bunkface dilantun dengan penuh berkeyakinan dan penuh aksi. Tidak hairanlah mereka dibawah pentas mengila-gila melompat dan bernyanyi bersama. Sam bijak berinteraksi dengan penonton, terutamanya mereka dengan mereka didepan pentas. Jurugambar2 rasmi dan tidak rasmi sibuk merakam aksi-aksi mereka. Aku tak dapat nak enjoy sangat. Perut kelaparan, lepas tu, badan dah terasa sejuk, tanda demam mula ‘kicking in’. Aduh… Disaat lagu ‘High school rocker’ dan ‘Silly lily’, penonton mulai menganas, ‘Silly Lily’ merasuk jantan dan juga betina. Tetapi keadaan masih terkawal.. Hebat juga Bunkface.

Mereka mempersembahkan lagu terbaru ‘Evolusi’. Tak berapa nak dengar liriknya sebab bunyi tak berapa jelas. Selesai saja lagu terakhir, Honey madu berjaya mengumpan encore dari Bunkface. Mereka menutup acara dengan lagu ‘fine’ secara akapela dengan honey madu berharmoni disitu sini. Sempoi dan happening. Aku dah makin tak larat….

Sebelum balik sempat memberi tshirt rasmi Bunkface yang dijual dengan harga RM30 sebagai tanda sokongan. (yalah, good show, kalau hampeh, takde nya aku nak beli).Mujur size ‘S’ ada, dapat stickers dan button percuma.