[DSC00996.jpg]

Oleh kerana bentuk badan aku kecil. Membeli seluar ‘slack’ adalah satu perkara sukar utk aku yang size pinggang cuma 26.5 inci. Panjang seluar juga cuma 37 inci. Jadi membeli seluar slack yang ada style terkini dan berjenama adalah sesuatu yang merugikan bagi aku kerana aku memerlukan kos tambahan untuk mengecikkan seluar tu mengikut citarasa aku. Citarasa seluar aku pula seluar fitting, lowcut dan bercawat kecil.

Walaupun aku tahu kebanyakan tailor cina lebih cekap dan kemas buat kerja. Aku belum putus asa bereksprimen kerana mahu mencari tukang jahit melayu yang sebagus dan secekap tukang jahit cina.

Jadi, pada satu hari yang sama, aku hantar 2 helai kain ke 2 tailor berbeza. Tailor melayu dekat jelatik, tailor cina dekat Jln Genting Klang.

Kedai Jahit melayu tu, aku rasa ada 4 orang tukang jahit menyempit di ruang kedai yang sempit.

Kedai apek tu pula aku rasa cuma apek dan isteri serta seorang pembantu tukang jahit. Kedua-dua kedai aku rasa sama-sama up jugak lah dari segi penerimaan tempahan.

“bila boleh siap?” aku tanya apek tu.

“bila u mau siap?kalau bayar full, 3 hari jugak boleh siap”.

Since aku bayar cuma 70% dari total kos. Jadi, seluar tu siap dlm 5 hari. Aku tak kisah pun, sebab bukannya aku nak cepat.

Di Jelatik tu pula, “bila boleh siap” aku tanya pakcik tu. Pakcik tu bagi aku tempoh 2 minggu.

2 minggu berselang. Hampanya aku, Seluar belum siap. Cuma sempat dipotong. Kecewa gila. Pakcik tu mintak lagi 5 hari untuk siapkan seluar tu, dengan alasan banyak tempahan nak kena siapkan.

“habis kenapa tak bagitahu awal2 dulu, boleh aku hantar ke kedai lain? or sekurang2nya aku tak berharap yang seluar tu siap selepas 2 minggu.” aku jawap dalam hati. Ye lah,aku ni jenis tak suka nak biadap dengan orang.

Instead, “takpelah pakcik, kesian pulak tengok pakcik sibuk, ginilah, saya bayar upah pakcik potong seluar saya je, selebihnya saya mintak balik kain2 yang siap potong dan lebihan kain tu, saya mintak kedai lain siapkan, lagipun saya tak boleh tunggu lagi 5 hari sebab saya tunggu seluar ni dah 2 minggu” jawap aku, aku tak sure sama ada air mata aku begenang ke tak, tapi yang pasti aku rasa, muka aku panas dan mata aku dah berkaca dah time tu.Bukan apa, aku keciwa;

sebab pertama, aku frust nonggeng 2 minggu tunggu nak tengok kain yang aku beli tu menjadi seluar.

sebab kedua, aku frust sebab mengenangkan betapa tak cekapnya cara pakcik yang sekaum dengan aku tu, menguruskan operasi kedai dan komunikasi dengan pelanggannya.

Sudah tentu, aku bawak kain tu ke kedai apek tu, walaupun raya cina dah dekat, tapi still terima tempahan aku(dengan satu lagi kain extra utk satu lagi seluar). Setelai behempas pulas mengambil ukuran seluar dan style potongan seperti yang aku mahu.(sebab design seluar yang aku buat dgn dia sebelum ni, tak cukup perfect)Kedua2 seluar tu dijanjikan siap dalam tempoh 5 hari.

Yang penting,Upahnya pulak lagi murah dari kedai pakcik tadi!!

Kalau aku cerita kisah ni pada bapak aku, sudah tentu bapak aku perli aku balik

doh, sapo suruh kerak slua keda melayu, abah jak mudo sapa ko`tuo kerak slua kak keda cino sokmo.puah hati!

Walaupun cubaan kali ni gagal mematahkan hujah bapak aku, aku yakin, ada tukang jahit melayu yang cekap dan berkualiti, cuma mungkin, aku saje yang masih belum menjumpai mereka. Wahai tukang2 jahit melayu? di mana kamu ??