Geng
Geng

Setelah 2 tahun menyiapkan kerja-kerja produksi, maka akhirnya peminat animasi tempatan bakal berpeluang menyaksikan filem animasi 3D sepenuhnya pertama di Malaysia.

Hasil karya Les Copaque sebelum ini amat membanggakan, dengan siri hit mereka Upin & Ipin telah pun membuktikan bahawa mereka benar-benar menghargai setiap sokongan dan bantuan yang diterima terutama dari kerajaan dengan sepenuhnya.

Ketelitian dan kesungguhan mereka menghasilkan karya yang berkualiti dan membanggakan membuktikan bahawa negara  kita juga mampu menghasilkan filem-filem animasi yang berkualiti.

Geng, pengembaraan bermula membawa watak-watak dalam siri Upin & Ipin dengan latar belakang cerita yang lebih menarik dan mencabar bercirikan tempatan.

Bakal menjengah pawagam pada 12 Februari. Pastikan korang semua datang dengan kawan2 kerana filem ini WAJIB ditengok. Expect nothing like ‘putih’, ‘anto fighter’,’silat lagenda’, or ‘brainscan’ hehehe😛

Futher reading:-

http://gengmovie.blogspot.com/

http://www.lescopaque.com/

Note: Khas untuk tenaga kerja Geng & Upin & Ipin, (aku tahu korang sure terjumpe this lil tribute page semasa korang tgh resting otak n mata esp masa tgh tunggu rendering tu kann..). aku suka hasil kerja korang so far. Keep it up dan urm jangan lupa makan dan mandi!😛