Sejak hari pertama kita dilahirkan selaku manusia,
Untuk memperolehi dan menikmati sesuatu,
Kita perlu melalui kepayahan dan berusaha walau cuma hanya sedetik usaha,
Diharungi bersama ‘stress’ juga masalah.

Diwaktu kecil, kita berebut belaian kasih sayang,
Mahu disayangi dan dimanjai lebih dari ahli keluarga yang lain,

Di alam persekolahan, kita berebut kesetian sahabat dan perhatian dan guru,

Di alam kerjaya, kita berebut kejaguhan dan kedudukan,
Mengejar harta dan kekayaan, status dan nama,
Pengiktiran di mata keluargan dan sisi masyarakat.

Di usia emas, kita masih dan akan terus
Berperang dengan masalah,
Masalah kita, masalah anak dan keluarga, masalah masyarakat dan dunia
Yang tak berkesudahan….

Di alam barzakh, kita masih juga belum lari dari masalah
Sebahagian kita, masalah disana mungkin beribu lipat kali ganda
Matinya kita, hanyalah permulaan kepada cabaran yang baharu

Namun, Kerana kita namanya manusia
Maka wajib kita menyelesaikan setiap akar masalah
Bukannya lari atau menutup masalah dengan membuka permasalahan yang lain.

Jangan lah kau risau jika kau masih berfikir tentang masalah-masalahmu,
Atau menangisi tiap masalah yang jatuh menimpamu,
Usah kau gentar, rungsing dan putus asa

Kerana selaku manusia,
Perahlah keringat akal yang dianugerahkan kita oleh NYA,
Selagi daya akal kita, berusahalah menutup setiap pintu masalah yang membelenggu,
Kerana cantiknya manusia terletak pada kewarasan fikirannya,
Kebijaksanaan menghalusi dan mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah seharian
Masalah kita, dan jika mampu, masalah mereka disekitar kita.

Bersyukurlah pada NYA!

Kerana sedar atau tidak,
Masih ada manusia diantara kita,
Tidak mahu sedar dan masih bermimpi, malahan bongkak untuk mengakui
Yang diri mereka, perlu bantuan segera,
Kerana sedang ditimpa masalah!