ImageImageImageImage

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

 

Edisi ke 12 kali, RTW meraung di padang merbuk. Kuala Lumpur. Lokasi tepat sebab berdekatan dengan LRT dan sebagainya dan ditengah bandaraya KL. Cuma disebabkan tarikh RTW dihujung tahun, di bulan monsoon, padang merbuk yang selalunya cantik hijau bertukar jadi sawah becak.

Namun itu semua tak memberi apa2 halangan pada 12 ribu(agaknyalah) peminat musik tempatan. Rata2nya datang bersedia dengan pakaian yang bersesuaian. Siap pakai but getah lagi.

Seperti tahun-tahun sudah, 3 pentas tersedia, “noisy” untuk aliran musik pekik memekik, “indie” untuk nuasa pop dan “main stage” untuk band band otai. Event bermula seawal 10 pagi, dan berakhir 12 malam. puas dengan bermacam ragam musik & aksi peminat melepas gian.

Menarik kali ini, karnival jualan disertai dengan macam2 boooth2 yang menjual macam2 barang yg bertunjangkan musik. nota pada organiser, lain kali, tak perlu asingkan booth2 F&B di luar pintu masuk. mungkin, atas faktor keselamatan, tapi jika organiser “urbanscapes” peminat boleh santai makan & minum sambil menikmati acara pentas kenapa tidak RTW?  kenapa? sebab untuk “break” makan, kami terpaksa melepaskan aksi beberapa band kerana makanan perlu dibeli & makan di luar pintu masuk. jadi terpaksa makan ditepi pagar dgn jarak stage sejauh 1km(agaknyalah). potong setim kan. Peminat sudah dewasa, tak akan ada aksi baling botol minuman ke pentas.insyallah.

Apapun, syabas Fatboys dan team, tahun depan jangan lupa buat lagi & kalau boleh jemput lah band wanita beraksi juga ya. (hint hint..shhh….diam!)