view dari balkoni bilik :)
view dari balkoni bilik🙂
air surut, petang & malam.
air surut, petang & malam.
bar atas laut. ada hut hut bersambung dgn platform terbuka..
bar atas laut. ada hut hut bersambung dgn platform terbuka..
muatla 4 orang. boleh je sendat..
muatla 4 orang. boleh je sendat..
muat lah 4 orang kalau duduk hahaha
muat lah 4 orang kalau duduk hahaha

Gold Coast Morib (GCM) letaknya lebih kurang 60km dari Kuala Lumpur, Resort bertaman tema air ini belum lagi dirasmikan secara rasmi, namun sejak beberapa bulan lepas telah mula giat dengan aktiviti promosinya.

Bersempena tahun baru january 2013, GCM menawarkan promosi khusus di streetdeal.my 2 hari 1 Malam lengkap dengan makan malam & sarapan untuk 2 orang ditawarkan dengan diskaun 53%. Bilik lengkap berjakuzi memang menarik perhatian!

Perjalanan ke Morib mudah sahaja, boleh pilih mahu menggunakan hiway atau tidak, jalan jauh atau jalan dekat. Kami tiba selepas jam 1 dan menunggu lebih sejam kerana check in bilik sebenarnya pada jam 3. Oleh kerana cuti umum 1 january, maka pengunjung memang ramai.

Rata-rata adalah famili berkeluarga kecil, atau young parents mungkin dari ibukota. Kesabaran anda mungkin teruji kalau datang waktu puncak atau cuti, jadi banyak banyak bersabarlah ye. Sebab ada juga drama drama kecil dari pengunjung2 yang mungkin kepala lebih besar dari saiz hati yang agak menjenkilkan mata dan telinga dengan sikap berlagaknya menengking mengherdik kakitangan kaunter dihotel, come on, human made mistakes right?

Sejurus daftar masuk, kami diberitahu tuala belum sempat diagihkan, dan mungkin selesai agihan pada jam 5. Jadi kami keluar dari hotel untuk mencari makanan sebab perut agak lapar.
Jarak GCM dengan pekan terdekat tidaklah dekat, ada gerai tepi jalan, 1km dari hotel, namun kondisinya mungkin tak sesuai dengan semua orang, jadi, sebelum tiba dihotel anda makan lah siap2 di bandar banting atau pekan2 lain sebelum sampai di Morib ya ataupun bawak bekal siap2.

Jajan kena beli sebelum sampai GCM, untuk jimat duit sebab minimart2 di GCM ada, tapi of course harga up seringgit dua sebab harga hotel. Biasalah, jadi beli air kotak, air tin, dan makanan ringan siap2. Peti sejuk ada dibilik hotel jadi tunggu sejukkan sahaja.

Petang aktiviti pertama mestilah mandi kolam ditaman tema, segala ride dicuba, tetapi jika mahu cuba ride yang paling extreme disitu anda harus memakai pakaian renang yang standard berkain latex. jika tidak, putih mata saja🙂

Ada kolam dewasa dan kolam kanak2 dengan water ride ringkas tidaklah seperti sunway lagoon tetapi cukup menghiburkan. kami mandi & bermain air sampai jam 7, waktu kolam ditutup. Sewaktu checkin tag lengan akses ke taman air diberi awal. Jadi kalau mahu main kolam untuk hari kedua, jangan tanggalkan tag lengan anda.

Malam, sebab penat, kami layan tidur, bangun untuk mandi dan jam 11 kami ke “the pier”, Restoren dan pub diatas air yang terletak dipantai GCM. Dekorasi “the pier” menarik dan harga tidbits dan minuman tidaklah mahal. maka bolehlah santai sambil posing bergambar. Ada “live band” tapi pada waktu lawatan kami, live band “the pier” hanya mampu membawakan lagu berbahasa cina sahaja. mungkin pihak GCM perlu mevariasikan band residen yang boleh membawakan lagu melayu & english juga ya?

Oh ya, waktu malam agak pishang la jugak untuk yang bujang ni, sebab “the pier” tutupnya jam 1 pagi, jika mata masih galak anda boleh melakukan aktiviti suluh pantai dan lihat hidupan pantai, jangan lupa bawa lampu suluh berkuasa tinggi, sebab waktu malam air surut. sesuai untuk aktiviti menyuluh tapi harus leka sangat. Bawa siap2 kad game,gitar dan sebagainya kalau mahu tidur lewat untuk lepak bersama rakan.

Pagi esoknya selesai sarapan, kami mula berjakuzi ! jakuzi muat 4 dewasa kalau tak bebaring. LOL jadi boleh bawa mini cd player atau apa apa yang sesuai, itik getah dll. Oh ya, bubble foam boleh minta dari hotel tapi, kalau nak yang extra extra boleh bawa siap2 dari rumah atau beli dipasaraya. Sedar tak sedar jam sudah pukul 1, maka siap sedia untuk check out!🙂

Gold Coast Morib memang bestlah untuk bersantai dengan famili & kawan. Lain kali memang nak datang lagi !🙂

Info lanjut di www.gcr.com.my