ImageIndonesia memang tak kering dengan artis berbakat yang bermacam warna musik. Terbaharu “shae” atau nama asal nya Sheryl Geting. Kali pertama dengar lagu “sayang” di radio, membayangkan empunya suaranya wanita berusia 25 tahun ala Rossa,namun selepas digoogle, barulah tahu shae ni,gadis cantik manis baru berusia 18 tahun (2012) dengan vokal & bakat yang special.

Single pertama Shae di Indonesia “kok telfon telfon sih”, tapi di Malaysia single “sayang” jadi taruhan pertama disebabkan ramai peminat yang sudah jatuh cinta dengan “sayang”. Shae kini artis terbaharu taruhan Warner Music Malaysia untuk pasaran tempatan.

Agak susah nak mendapatkan CD original Shae, samada “sold out”, “habis stock”, atau memang “tak ada jual”. Untunglah ada kawan yang boleh tolong simpankan sekeping CD,itu pun katanya “ramai customer mintak nak beli jugak, jadi aku simpan untuk kau”.Warner Malaysia harus segera restock mana2 outlet CD yang kehabisan stok CD Shae, rasanya tak perlu customer menunggu berminggu untuk mendapatkan koleksi original Shae.

“the first” umpama diari cinta gadis muda, 7 dari 8 track lagunya berkisar tentang perasaan sakit hati, cemburu, syak wasangka, keciwa, benci, menyampah, dan putus asa terhadap lelaki & cinta. Naratif emosi hati kental sigadis yang tidak mahu disakiti, dicurangi, dan tidak takut untuk menolak mana mana cinta palsu sang lelaki dan tidak mahu dipermain-mainkan.

album ini paling best didengar sewaktu memandu kerana jiwa keras tiap bait bait lagu -lagunya boleh membuatkan otak cergas dari mengantuk dan lirik2nya mudah dihafal dan dinyanyikan, lagu-lagunya juga fun! kuat bernuasa elektro pop yang fresh dan catchy.

Kredit harus diberi pada produser/Komposer/penulis Lirik genius, Pusan Tobing, dan rakan rakan pemusik WINNER seperti mas Rio, Beben dan barisan komposer & penulis lirik lain.Erick, Moel,& Jimmy <3. Kerjatangan mereka sangat kreatif & awesome!

Sukar untuk saya memilih favourite kerana semua lagu lagu didalam “the first” ini berpotensi untuk menjadi single. Malahan selepas mendengar semua track “the first”  tak keterlaluan jika“sayang” yang menjadi siulan pendengar Malaysia itu, mungkin akan diskip sahaja. I really really love loops melodi lagu “hangat hangat kuku”, “ku pikir dulu”, “putus nyambung” & “tetaplah senyum” yang sangat europop yang tersangat best ala the ting tings, robyn, tegan & sara, Mika dan lain lainnya.

Vokal Shae juga bervariasi mewarna latar lagu yang berbeza dari segi melodi atau emosi. Dalam lagu “cintaku tlah mati untukmu”, “aku belum pernah” & “tetaplah tersenyum” ada influence vokalist wanita senior indonesia lainnya. Ada potensi untuk dilentur dengan pelbagai corak vokal dan lagu untuk album seterusnya.

Mungkin kalau Shae lahir dengan album english elektropop, dia mungkin boleh menakluk pasaran Asia, atau internasional kerana rupanya yang universal, tone suaranya yang special dan personalitinya yang bubbly yang memikat peminat & rakan media.

Selama promosi Shae di Malaysia , tersenyum jugalah dengan komen rakan2 media diAstro yang sangat suka dengan personaliti Shae yang bersahaja, dan PRnya yang bagus. Malahan ada yang kagum dengan cara beliau melayan soalan2 diradio yang mengagumkan untuk anak gadis yang baru menginjak usia 19 tahun ini.

Terima kasih Shae kerana melahirkan album yang bebaloi untuk didengar & dimiliki!all the best sayang! 🙂

Official Twitter : www.twitter.com/shaeofficial
Official Website : https://www.facebook.com/pages/Shae-G/
Official Youtube: www.youtube.com/ShaeMusicChannel

Advertisements