
March 5, 2009
Konsert Kemanusiaan Untuk Gaza
Posted by miloskilos under Eventories | Tags: bunkface, deja voodoo spells, jenny rocket, konsert kemanusiaan untuk gaza, muzium telekom, OAG, one buck short, Pesawat, Roti, sharpshooter, the times, zip zieller |[3] Comments
February 5, 2009
mengenal melayu tidaklah susah,
ramai melata ditanah melayu,
namun duduknya melayu berpuak-puak,
seperti muslim ditanah arab,
ramai melayu suka amik mudah,
malu bersusah serba nak senang tidak mahu susah,
suka hiburan,berbual kosong,makan dan nikah,
masa depan ramai yg tk ambil kisah,
pemalu dan sensitif selalunya tak bertempat,
dimajlis2 duduknya pula tak ramai didepan,
yang rajin menabung mmg tak ramai,boleh dibilang,
rata-rata suka melebur duit kt skim cepat kaya,
kawan dan saudara lari menjauh belakang kira,
yang penting katanya, aku nak cepat kaya!
melayu berada ramai yang mengada-ngada,
esp mereka yang baru merasa kaya,
tapi lebih teruk mereka yang berlagak kaya,
berambut karat,speaking english london siang dan malam,
tak kira tempat atau dengan siapa bercakap,
di pasar ikan atau dengan makcik cleaner,
kalau silap dilayan sure menjerit “i want to meet your manager!”,
kalau hajat tak diikut,nama menteri dan raja pasti dijaja,
“nanti you jugak yang kena!” katanya.
“kabel dan highway i, luas merata” tambahnya pula.
lebih sudu dari kuah,besar kepala dan hati batu,
tak malu ke mereka, dengan dato dan datin asli dan original?
diam berisi,tangan kanan relax menghulur,yang kiri tak tahu,
ramai yang merendah diri,mesra dan bersederhana,
datangnya diam,tak mahu menunjuk dan tayang poketnya yang memang penuh itu,
tapi dari sebatu,dari airmukanya kita mmg hormat dan tahu.
ramai melayu, bertudung berkopiah,
dari perlis hinggalah ke indonesia,
tapi lagaknya mcm dah konfirm ke syurga,
apa yang orang lain buat semua haram dan tak kena,
walhal pahala dan hidayah hanya Allah yang kuasa,
diberi hari ini, diambilNya lusa tak ke haru?
semua melayu,mengaku islam,
tapi malangnya kurang ilmu agama,
cakap si’alim ulama’ diikut membuta,
tahu sedikit,macam dah tahu semua,
tak kah mereka tahu,luas dan hebatnya kita punya agama,
gunakanlah akal diberi olehNya, tidaklah sesat atau berpecah kita,
agar menjadi contoh pada yang tidak dijalanNya,
memang manusia tiada yang sempurna,
tidak kira siapa pun jua,hakta ustaz mahupun sihina,
tak perlulah nak tunjuk alim atau berpura-pura,
perkara maksiat harus kita cela,namun siapa kita nak menghukum cela,
hanya Allah yang maha tahu, amal ibadat kita semua.
pelajar melayu,
duduknya dibelakang kelas,
berbantal lengan dibawah kipas,
didalam tandas,beradu asap beramai-ramai,
jalannya berkelompok perlahan-lahan,
perpustakaan tempat beradu lengan,
buku dipinjam, selalu tk dipulang,
takut dah malu dilihat sendirian,
kerana takut dikata kera sumbang,
kemana-mana mengikut kawan,
walau berlain minat dan pendirian,
orang bercinta dia nak bercinta,
orang lain bercinta,buat modal motivasi utk berjaya,
tapi dia, hanya tahu nak kecap nikmat sementara,
gewe cubit sikiet, merajuk berhari hari,
makan tak lalu,buku tk baca,
konon kecewa, frust menonggeng, “hey aku tgh bercinta!” dijaja2,
padhal umur spm belum pun tiba,
walhal si dia, enjoy sakan bergelak tawa!
apa yang penting,tidak diutamakan,
ajaran cikgu susah nak difaham,
hanya tunggu cikgu menyuap,
cakap didepan, tergagap-gapap,
tapi kt belakang,sukalah nak tunjuk hebat,
gagal ujian,cikgu diterkam,
cikgu tak dihormat, cikgulah yang melampau,
“anak saya je,yang baik dan sopan, cikgu apa tahu!” kata siibu,
siapa yang pandai,kononnya membodek cikgu,
walhal siang dan malam mata dia bersengkang buku,
budaya buruk disekolah jangan dibawa ke kolej pula,
semester diextend,repeat sesuka,
pada ayah ibu,putar cerita,
konon belajar susah gila,
tak habis-habis duit diminta beli buku dan duit belanja katanya,
tapi sebenarnya hidup di kolej sekadar nama,
malam dan siang, keluar meronda,
handphone ditangan,minimum dua,
siang dan malam bersms dgn sidia,
topup menopup mcm lah dah bekerja,
kelas ponteng lagi sedap membuta,
takpe exam nanti,kawan-kawan dan toyol kan ada,
akhirnya umur dah tua,tapi diploma pun masih tiada,
last last ditendang,masih tak malu muka,
konon course tak sesuai,dgn minat dan jiwa,
orang lain bekerja atau rancak berniaga,
dia bangga dgn motor,memilih kerja,
bila tak layak,kabel dan saudara diguna,
dapat kerja,buat tahi juga,
las las dibuang, bos dan company disalahkan pula,
pelajar melayu bukannya bodoh atau bangang,
cuma malas dan mmg malu nak maju,
dalam otak fikirannya negative selalu,
konon orang2 pandai,skema dan tak cool!
maybe sikap atau salah asuhan ayah atau ibu.
ibubapa melayu,sekolah tinggi tak ramai,
kahwin mahu cepat, anak mahu ramai,
tapi kerja kuatnya tidak,
konon rezeki ditangan tuhan,
takpun sedara,rakan,kerajaan tak kanlah tak nak bantu?.
ikan seekor dikerat lapan,dikongsi makan beramai-ramai,
tak kesian ke kt anak kecik itu,dibiar hidup melarat begitu,
pasal sekolah, cukup berkira,
tapi dirumah, penuh barangan,
tv lcd, bergelang emas,
anak disekolah jenguknya tidak,
pulang sekolah,buku dicampak
cukup spm,disuruh kerja,
cukup bulan,elaun diperah,
duit dilebur bukan ditabung,
sanggup tebal muka, pinjam dari rakan dan saudara,
PTPTN ada, kerajaan kan ada,
habis belajar, nanti tahulah dieorang membayar,
janji kita boleh melaram sakan,
tak apa,dihari tua anak-anak takan tak jaga,
sianak yang dara,senang dikahwinkan,
senanglah sikit nak cuci tangan,
jaga anak apa kau tahu?bukannya senang!
kalau anak menegur dichop derhaka,
cakap situa je yang betul dan benar,
konon hidup dah lama,berasam garam.
melayu berniaga,
kedai tetap nak besar,tak mahu kalah,
barang jualan,mesti menda yang senang nak dijual,
kedai laku sikit, mulalah nak naik harga,
konon minyak dah naik,kedai disewa mahal,
konon kita apa tahu, kau ke yang meniaga?
orang jual makanan,dia pun nak cuba,
konon nak lawan mamak dan siam,
siapa selera minuman tawar,cair dan tak sedap,
nak lawan mamak milo nya pekat bersudu-sudu,
harga mahalpun, gerenti sedap pada yang mampu,
tapi melayu,tak ramai meniaga seperti itu,
macammana nak support, kalau cara kau meniaga mcm tak tahu!
peluang depan mata, ramai yang pandang sahaja,
direbut pedatang,orang lain disalahkan,
tak suka persaingan, dengki irihati,
jalan mudah bomoh dan khianat,
alang2 tak dapat, biar semua tak merasa.
melayu pemimpin,
pandai bercakap, kerja tak buat,
bergaya hebat, dari utara ke selatan,
asal dilihat dia saje yang setia berkhidmat,
banyak idea, tapi pengisiannya tiada,
dia saje jujur dan betul, yang lain keparat,
siapa tak sokong, konon tak hebat,
mahu tunjuk hebat, tapi sebenarnya longlai,
tak apa bergadai bangsa, asal ditampuk kuasa,
sejarah lama tak dipelajari,diulang-ulang,
tak sedar yang zaman sekarang orang dah cepat faham,
mana taknya internet dan info laju ditangan.
tak tahu yang mana batu, yang mana intan,
pandai2lah korang buat bandingan.
melayu dan seni, akrab sekali,
sejak dahulu, hingga hari ini,
tapi malangnya, tak semuanya berkualiti,
kerja tak serius, maka tawarlah melodi,
sewa studio berhari-berhari,
mana nak habis kalau break rokok tak berhenti2,
last last nak senang,cilok melodi,tapi mengaku ciptaan sendiri,
muka tak malu, tak sedar diri,tagih simpati,90:10, dan of course subsidi,
harap kita support dan beli,
kita tak sudi, “kamu tak patriotik!” kita dicaci,
kalau taknak bersaing,kerjalah makan gaji,
janganlah kau asyik nak dengki mendengki,
pemuzik hari ni,kononnya indie,
konon semuanya nak buat sendiri,
tapi kebanyakannya tak pandai berdikari,
mana taknya,ilmu malas nak cari,sekolah tk tinggi,
glamour dan ehem ehem yang lebih dicari,
otak pulak sempit, tak boleh ditegur dicubit,
peluang didepan mata, dipandang sepi,
konon nak buat sendiri,nak berhati-hati,
kontrak terus disign bukan nak dinego dan dikaji,
bila terkena,kapitalis pulak yang dicaci2,
muzik is business beb,jangan kau main redah jer,sedarlah diri,
semua menda pakai duit,janganlah kau nak nafi-nafi,
pakailah otak dan bukalah hati,
kalau tak, tualah kau dgn cita-cita tak menjadi.
ini pula kisah melayu korporat dan gomen dipejabat,
ramai atau tidak,sendiri kau lihat,
kerja melengah,asalkan siap,
tapi tak sedar diri,mengejar nama dan pangkat,
padhal kemahiran hanya panjang sejengkal,
last last kerja dia orang lain yang buat,
jadilah dia bos yang tak cekap,
untung rugi syarikat hanya permainan,
pandai bercakap, tapi tak pandai buat,
seperti tikus membaiki labu,
kerja gitu-gitu, tapi bonus elaun nak lebat lebat!
hey kamu,yang bukan melayu,
jangan kau pandang kami sebelah,
tak semuanya tak boleh diharap,
ramai lagi melayu yang masih hebat,
sejak dahulu hingga sekarang,
lidahnya lembut, otak kreatif dan pandai,
sudah ramai yang berjaya,kau je yang buat2 tk nampak,
dari eropah,hinggalah ke arab dan afrika,
apa yang pasti mereka berani hidup berbeza,
walau kau cuba memutar fakta dan kata,
agak kami lemah dan berpecah belah,
masih ada melayu tetap hebat menongkah arus dan kata nista,
boleh bersabar,bertolak ansur dengan semua,
kebal dicaci,dikata nista.
hey melayu,majulah berdikari,bukalah minda,bukalah mata,
belalah maruah diri,bangsa dan agama,
jika terjatuh,pantas bangun berlari jangan kau takut dan malu,
jangan biarkan fikiran mu terus dikeliru,
hentikanlah sikap suka menunding sana dan situ,
kerana hidupmu, jatuh dan bangun,
kau yang memilih,kaulah tuan!
aku menulis bukan nak mengata,
cubit sedikit je,minta maaflah kalau terkasar bahasa,
bukan sengaja nak buka pekung kaum sendiri,
cuma penat dan letih,melihat kiri dan kanan,
semalam dan hari ini,semakin tak keruan,
tiadakah yang sedar,dibelakang pintu,kita diketawakan?
baik dan buruk, kau dan aku dari ras yang sama,
bukan nak tunjuk bagus kerana aku belum cukup pandai,
hanya ingatan,utk diri sendiri agar tak membuta,
bangkit bangunlah,kita semua,
ubahlah diri dari perspektif lama
jadilah kita bangsa berani dan merdeka,
agar di hormat dan dipandang suka,
supaya kita tidak dikuda-kuda,
generasi lama jangan kau lupa,kami yang baru,
jangan nanti menangis tak berlagu,cicit lemah minda dan raga,
maju terus berusaha,kau aku,bersama semua!
February 3, 2009
Screw others.Because U PAX is definately is the koolest yet underated Pax of other PAX!
Exclusive to all youngster aged 18-25. You will not only enjoy the best SMS/CALL rates, but are invited to join hip and happening activities meant to satisfy every young hood. From music,gigs,rave parties,concerts and others.
Join the online activities. rate you favorite artist to seem them perform life and many more!

Why wait? Get it now. Or you just dont belong to be among us! hehhehe.
to know how to join U PAX.click here.
p.s some people out there are selling or recruiting UPAX members at unreasonable price! dont get cheated. Go directly to celcom or bluecube outlet and get youself safely registered there!
January 31, 2009
Sejak hari pertama kita dilahirkan selaku manusia,
Untuk memperolehi dan menikmati sesuatu,
Kita perlu melalui kepayahan dan berusaha walau cuma hanya sedetik usaha,
Diharungi bersama ‘stress’ juga masalah.
Diwaktu kecil, kita berebut belaian kasih sayang,
Mahu disayangi dan dimanjai lebih dari ahli keluarga yang lain,
Di alam persekolahan, kita berebut kesetian sahabat dan perhatian dan guru,
Di alam kerjaya, kita berebut kejaguhan dan kedudukan,
Mengejar harta dan kekayaan, status dan nama,
Pengiktiran di mata keluargan dan sisi masyarakat.
Di usia emas, kita masih dan akan terus
Berperang dengan masalah,
Masalah kita, masalah anak dan keluarga, masalah masyarakat dan dunia
Yang tak berkesudahan….
Di alam barzakh, kita masih juga belum lari dari masalah
Sebahagian kita, masalah disana mungkin beribu lipat kali ganda
Matinya kita, hanyalah permulaan kepada cabaran yang baharu
Namun, Kerana kita namanya manusia
Maka wajib kita menyelesaikan setiap akar masalah
Bukannya lari atau menutup masalah dengan membuka permasalahan yang lain.
Jangan lah kau risau jika kau masih berfikir tentang masalah-masalahmu,
Atau menangisi tiap masalah yang jatuh menimpamu,
Usah kau gentar, rungsing dan putus asa
Kerana selaku manusia,
Perahlah keringat akal yang dianugerahkan kita oleh NYA,
Selagi daya akal kita, berusahalah menutup setiap pintu masalah yang membelenggu,
Kerana cantiknya manusia terletak pada kewarasan fikirannya,
Kebijaksanaan menghalusi dan mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah seharian
Masalah kita, dan jika mampu, masalah mereka disekitar kita.
Bersyukurlah pada NYA!
Kerana sedar atau tidak,
Masih ada manusia diantara kita,
Tidak mahu sedar dan masih bermimpi, malahan bongkak untuk mengakui
Yang diri mereka, perlu bantuan segera,
Kerana sedang ditimpa masalah!
January 30, 2009
Berganti Hati – Anggun
Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curigaKu tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara
Aku ingin pergi
Dan berganti hatiSatu persatu telah kuhapus
Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu
Rasa yang dulu pernah ada
Kini berdebu terbelenggu dusta dan nodaKu tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Ku telah kecewa
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwaraKini ku sadari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang telah pergi
Harus berganti hati
Harus ku ganti hatiku kini
Ini harus ku ganti
Tak perlu ini lagi harus berganti
New single from anggun, for Indonesia/Malaysia market. The lyrics is perfectly poetic and appealing. Hope the single goes well in local charts and will earn numerous radio/video airplays.
January 24, 2009
Jozan Show
Posted by miloskilos under Daily Blenders | Tags: johan raja lawak, jozan, jozan show, zizan raja lawak |[7] Comments

johan dan zizan
Sejak rancangan Jozan Show dikeudarakan di Saluran Prima, Astro. Aku makin lama, makin melekat dengan rancangan bual bicara tak seberapa nak series ni.
So Tahniah buat Astro koz bagi peluang pada Zizan dan Johan utk mengasah bakat mereka. Aku cukup suka cara interview sempoi2 mcm ni. Very laid back dan menghiburkan.
Setiap kali jozan memulakan intro untuk memperkenalkan artist2 jemputan mereka, aku selalu cuba tembak2, akan kaitan lawak mereka dengan siapakah artist yang akan mereka jemput selepas itu.
Yang paling best, aku suka tgk artist2 jemputan melayan kerenah jozan semasa ditemubual. Ada yang very sporting. Jozan of course selalu jugak lari dari topik.Tapi artist2 jemputan yang terer cepat2 bring them back to topix again. Siap baring2 kat sofa,lantai lagi. very cool.
So far, artist2 jemputan yang dijemput sporting and cool. Boleh nampak their other cheerful side. Except interview dgn abang ramli sarip.hehehe.(but hes still cool). Yang paling aku ingat, antaranya interview dgn emmet,chef wan, radhi, dan byk lagilah.
Mungkin lepas ni dieorg boleh jemput bukan saja artist, tapi ahli politik ke,atlit, tokoh korporat ke or mana2 celebrity lah. Interview je lah apepepun, tak semestinya perkara series aje. tanya soklah bodo2 pun takpe.mcm makanan kegemaran ke, hobi kegemaran ke. at least orang boleh kenal2 dieorg lagi.Just to chill out on tv, borak pasal menda2 biasa.jozan style.yeah!
Bagi aku, lawak jozan refreshingly selumber. walaupun mungkin ada yang tak suka. Tapi aku suka gila rancangan tu, dah macam jadi rancangan guilty pleasure aku. Sepertimana drama Renjis(hehehe).
Anyway keep it up Jozan!! teruskan mengali idea2 lawak yang klakar, at least ramai orang boleh release tensen tengok aksi korang. pada yang kutuk2 korang tu. pedulikan jelah dieorg. buat je pekak badak. koz haters will always hate.
p.s macammana nak tgk show jozan kat astro ek? jadual kat mana? pass? rasa nak tgk live la pulak!
January 21, 2009
kucing aku hilang.
bukan salahku kucing aku hilang.
ia hilang diambil orang.
biarlah ia diambil orang.
mungkin ia lebih manjai.
jika ia tidak dianiaya dan kelaparan
aku harus gembira.
tapi kalau ia kembali pada aku,
aku akan lebih gembira!

pochang. gone since 19 january 2009. we miss you.
January 15, 2009
Butterfingers @ Sesi Istana Budaya – SOLD OUT!
Posted by miloskilos under Brand Madness | Tags: butterfingers, sesi istana budaya |[2] Comments





















